Laporan Seminar HIV/AIDS 2011 anjuran
Jabatan Farmasi dan Bekalan Hospital Melaka

25 Mei 2011 (Sabtu) - Jabatan Farmasi dan Bekalan Hospital Melaka telah berjaya mengadakan ‘Seminar HIV/AIDS 2011’ bertempat di Auditorium Sri Baiduri, Hospital Melaka.

Seminar ini disertai oleh Pegawai Farmasi dari Negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Seminar ini turut dihadiri oleh Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi serta Jururawat dari Hospital Melaka.

Manakala urusetia yang terlibat semuanya adalah Pegawai-pegawai Farmasi dari Jabatan Farmasi Hospital Melaka. Objektif seminar ini dianjurkan adalah untuk menambah pengetahuan dalam rawatan pesakit HIV/AIDS dan mengenalpasti kesan komplikasi jangka panjang oleh ubat antiretroviral yang digunakan dalam merawat pesakit HIV/AIDS. Dalam seminar tersebut, tiga orang penceramah telah diundang. Antaranya Pakar Perunding Penyakit Berjangkit dari Hospital Sungai Buloh, Dr Benedict Sim, Pakar Perunding Kesihatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Tampin, Dr Norsiah Ali, Pegawai Farmasi dari Hospital Sungai Buloh, Cik Koh Hui Moon.

Seminar ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tuan Haji Abdol Malek Bin Abd Aziz (Ketua Pegawai Farmasi Hospital Melaka). Turut hadir bersama semasa majlis perasmian, Dr Kauthaman Mahendran, Ketua Jabatan Perubatan Hospital Melaka.

Kebanyakan peserta berasa amat beruntung kerana dapat menyertai seminar yang penuh bermanfaat ini. Pihak penganjur mengharapkan para peserta dapat mengambil input-input yang berkesan dalam menjalankan tugas akan datang. Seminar ini wajar dilaksanakan setiap tahun, kerana ia dapat menambah pengetahuan kepada para peserta.

 


 

Ceramah sedang disampaikan oleh Dr Norsiah Ali, Pakar Perunding Kesihatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Tampin Ceramah sedang disampaikan oleh Dr Benedict Sim, Pakar Penyakit Berjangkit dari Hospital Sungai Buloh
   

Sebahagian peserta Seminar HIV/AIDS 2011

Penyampaian cenderahati semasa Majlis Perasmian
oleh Pn Wardati Mazlan Kepli selaku Pengerusi Seminar kepada Tn Hj Abdol Malek Abd Aziz

Foto dan teks oleh:
Jawatankuasa Seminar HIV/AIDS 2011
Jabatan Farmasi dan Bekalan
HOSPITAL MELAKA, MELAKA

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

9 Mei 2019

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2018