PENGENDALIAN MASS DISASTER DI HOSPITAL MELAKA DAN KEMALANGAN DI LEBUH RAYA PLUS

Pada jam 6.35 petang, 10 Oktober 2010, MECC (Medical Emergency Call Centre) Hospital Melaka telah dikejutkan dengan penerimaan panggilan kecemasan yang memaklumkan terdapat kemalangan di KM 223.8 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran dengan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.  Kemalangan melibatkan 2 buah bas yang sarat dengan penumpang dan beberapa buah kenderaan lain.

Tiga buah ambulans lengkap dengan pegawai perubatan telah dikejarkan ke tempat kejadian.  Pada jam 8 malam, Red Alert telah diisytiharkan dan serentak dengan itu, Bilik Gerakan Bencana diaktifkan. Beberapa klinik dan Hospital dan Klinik Kesihatan yang berhampiran telah membantu dengan menghantar ambulans dan paramedik ke tempat kemalangan. Antara hospital dan klinik kesihatan yang terlibat ialah Hospital Tuanku Jaafar, Hospital Tampin, Hospital Alor Gajah, Hospital Jasin, Klinik Kesihatan Merlimau, Klinik Kesihatan Pedas dan Klinik Kesihatan Rembau. Turut serta ialah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Skuad Penyelamat Intergrasi (SPI).  Seramai 150 anggota Hospital Melaka dari pelbagai kategori telah melaporkan diri untuk bertugas.  Perastuan Buddhist Tzu Chi juga telah menghantar 20 orang sukarelawan.  Lobi Utama Hospital Melaka telah dijadikan Zon Triage, Pusat Rawatan Harian menempatkan pesakit Zon Kuning dan Merah manakala Jabatan Oftalmologi dijadikan Zon Hijau.  Seramai 11 orang pesakit telah menerima rawatan di Hospital Melaka.  Dari jumlah itu, 7 orang dimasukkan ke wad manakala 4 orang dirawat sebagai pesakit luar.  Seramai 12 orang mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat-mayat mereka dibawa terus ke Jabatan Forensik Hospital Melaka.

Pada jam 10.10 malam, Stand-Down di tempat kejadian diisytiharkan dan pada 12.34 pagi Stand Down di Bilik Gerakan pula diisytiharkan.  Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri bersama Toh Puan, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka serta Y.B. Datuk Hajah Norpipah bt Abdol bersama beberapa ahli Exco dan ADUN turut hadir.  Mereka telah melawat mangsa kemalangan di wad-wad.  Mereka juga menziarahi mangsa-mangsa yang terkorban di Jabatan Forensik dan memberi sokongan moral kepada waris terlibat.

Hospital Melaka telah berjaya mengendalikan rawatan mangsa-mangsa kemalangan tersebut dengan jayanya.  Kejayaan ini adalah atas usaha semua pihak di Hospital Melaka terutama Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma yang telah mengadakan Drill Mass Disaster dan Table-top Exercise sebelum ini.  Di samping itu, kerjasama yang diberikan oleh Hospital Tuanku Jaafar, Hospital Tampin, Hospital Alor Gajah, Hospital Jasin, Klinik Kesihatan Merlimau, Klinik Kesihatan Pedas dan Klinik Kesihatan Rembau serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Skuad Penyelamat Intergrasi (SPI) turut menyumbang kepada kelancaran operasi.

 

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
17 Oktober 2018

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2018