KEMPEN TAK NAK MEROKOK

8 & 9 Jun 2010 (Selasa & Rabu) - Unit Pendidikan Pesakit dengan kerjasama Jabatan Farmasi Hospital Melaka telah menganjurkan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia peringkat Hospital Melaka bertempat di Lobi Utama Hospital Melaka.  Objektif kempen ini adalah untuk mendapatkan rujukan perokok ke Klinik Berhenti Merokok. 

Antara aktiviti kempen ialah pameran kesihatan dan khidmat nasihat berhenti merokok.  Kempen diteruskan sepanjang bulan Jun dengan pengisian pelbagai aktiviti seperti Ceramah Mengenai Wanita dan Merokok diadakan pada 7 dan 14 Jun 2010 kepada bakal ibu dan bapa.  Seramai 50 peserta telah hadir ke sesi ceramah tersebut.  Pameran, khidmat nasihat dan kaunseling berhenti merokok telah diadakan pada 17 Jun 2010 di CTRM Aero Composites Sdn Bhd di Batu Berendam Melaka.  Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pekerja-pekerja syarikat tersebut.

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
14 Ogos 2018

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2018