MAJLIS PERASMIAN FARMASI PANDU LALU

24 Jun 2011 (Jumaat) - Selaras dengan usaha kerajaan menyahut Konsep 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Jabatan Farmasi & Bekalan, Hospital Melaka telah memulakan perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu pada bulan Januari 2011 yang lepas. Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan tambah nilai ketiga yang dijalankan oleh jabatan ini selepas perkhidmatan SMS & Ambil pada Januari 2010 dan Ubat Melalui Pos (UMP) 1 Malaysia pada Ogos 2010.

Majlis pelancaran Farmasi Pandu Lalu ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Hj Azmi bin Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka pada 24 Jun 2011 di Kaunter Farmasi Pandu Lalu, Hospital Melaka.

Objektif majlis ini diadakan untuk merasmikan dan sekaligus mempromosikan perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu kepada kakitangan kesihatan Negeri Melaka dan juga semua rakyat Negeri Melaka. Sehingga kini, terdapat 10 buah hospital dan klinik kesihatan di Malaysia yang telah memulakan perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu termasuk di Hospital Melaka.

Untuk menikmati perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu, pesakit hanya perlu mendaftar di kaunter Farmasi Klinik Pakar atau Farmasi Satelit 5. Dengan adanya perkhidmatan ini, pesakit boleh terus mendapat bekalan ubat susulan di Kaunter Farmasi Pandu Lalu tanpa menunggu lama dan tiada masalah meletakkan kenderaan. Sekaligus ini akan dapat meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.

Sehingga Jun 2011, seramai 55 pesakit telah menyertai perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu. Dengan promosi yang berterusan, Jabatan Farmasi & Bekalan yakin lebih ramai lagi pesakit akan menyertai perkhidmatan ini pada masa yang akan datang.

 


 

Perasmian Farmasi Pandu Lalu di Auditorium Sri Baiduri, Hospital Melaka Pemberian Hadiah Saguhati kepada pesakit
   

Perasmian Farmasi Pandu Lalu di Kaunter Farmasi Pandu Lalu

Sidang Media dijalankan

Pendispensan bekalan ubat susulan di Kaunter Farmasi Pandu Lalu

Temubual bersama pesakit Farmasi Pandu Lalu

Foto dan teks oleh:
Jabatan Farmasi dan Bekalan
HOSPITAL MELAKA, MELAKA

 

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

9 Mei 2019

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2018