SOALAN LAZIM

Bilakah masa melawat bagi Hospital Melaka?
Masa melawat bagi Hospital Melaka adalah seperti berikut:
Isnin hingga Jumaat                   : 12.30 tengahari  - 2.00 petang dan
                                                  4.30 petang - 7.30 malam
Sabtu, Ahad dan Hari Cuti Umum : 12.00 tengahari - 7.00 malam 

Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran?

Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.

Berapakah kadar bayaran yang dikenakan oleh hospital?
Kadar bayaran dan caj rawatan adalah mengikut kadar yang telah ditentukan oleh Kerajaan Malaysia. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital?
Bagi semua kes penyakit berjangkit: ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM300, pemegang kad bantuan kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kakitangan kerajaan: pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.

Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara?
Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM30 untuk kes perubatan atau pembedahan dan RM15 bagi kes sakit puan. Manakala bagi bukan warganegara RM1,100 bagi kes perubatan atau pembedahan  dan RM800 bagi kes sakit puan.
 
Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?
Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.
 
Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran?
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, Surat Sekolah, Surat Pengesahan (GL)
 
Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di jabatan kecemasan?
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan (di jalan raya / di tempat kerja / domestik) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
 
Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
Ya. Ibu/Bapa/Penjaga jika pesakit kanak-kanak, manakala pesakit dewasa cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina.
 
Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital.

Adakah kemudahan parkir disediakan bagi pelawat Hospital Melaka?
Ya, kemudahan parkir bertingkat dengan jumlah petak parkir yang mencukupi disediakan untuk orang awam yang datang ke Hospital Melaka.

Adakah kemudahan kantin disediakan bagi pelawat Hospital Melaka?
Ya, kemudahan kantin disediakan bagi pelawat Hospital Melaka iaitu terletak di antara Blok B dan Blok C.

 

 

 

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
20 November 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017