Laporan Gotong Royong Amalan Hijau anjuran bersama
Unit Kesihatan Awam & Unit Pentadbiran Hospital Melaka

18 Januari 2013 (Jumaat) - Unit Kesihatan dengan kerjasama Unit Pentadbiran Hospital Melaka telah berjaya mengadakan Gotong Royong Amalan Hijau serta Gotong Royong Program Bebas Denggi bertempat di Zon 3 dan 4 Hospital Melaka.

Gotong royong ini telah disertai oleh wakil dari semua jabatan/unit/wad di Hospital Melaka. Antara aktivit-aktivit yang dilaksanakan adalah membersihkan kawasan persekitaran Hospital Melaka, menanam pokok bunga, memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes bagi mengelakkan jangkitan demam denggi, menceriakan kawasan hospital serta memupuk sifat bertanggungjawab kepada anggota Hospital Melaka supaya sentiasa mengamalkan kebersihan.


 

 Semua wakil jabatan/unit/wad berkumpul di Asrama Mawar Hospital Melaka  Ketua Unit Kesihatan Awam memastikan aktviti gotong-royong berjalan lancar

 Aktiviti menanam pokok untuk menambahkan keceriaan hospital Warga hospital bekerjasama menanam pokok di sekitar kawasan hospital
 Longkang dibersihkan bagi memastikan tiada pembiakan jentik-jentik

Foto dan teks oleh:
Jawatankuasa Gotong Royong Amalan Hijau
Unit Kesihatan Awam & Pentadbiran
HOSPITAL MELAKA, MELAKA

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

9 Mei 2019

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2018