Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Salam Sejahtera buat semua pengunjung Laman Web Rasmi Hospital Melaka

Alhamdullilah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kurnia-Nya, akhirnya Laman Web Hospital Melaka dapat dihasilkan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat di Hospital Melaka. Dengan terhasilnya Laman Web Hospital Melaka ini maka segala saluran maklumat dapat dikongsi bersama dengan semua pihak yang melayari laman web ini.

Laman Web Hospital Melaka yang dihasilkan ini bukan sahaja memberikan informasi berkaitan aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital Melaka, malahan menjadi sumber ilmu berhubung dengan kemudahan perubatan kesihatan yang yang disediakan. Sebagaimana maklum, ilmu teknologi maklumat kini menjadi lonjakan bagi memberikan kemudahan kepada semua pihak agar memperolehi kesihatan yang unggul selain menjadi pemangkin kepada perkongsian perubatan kesihatan.

Sebagai sebuah hospital pakar kerajaan di negeri Melaka, maka Hospital Melaka menjadi sumber rujukan kepada hospital-hospital yang berhampiran bagi zon Selatan. Untuk itu, laman web ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam memberikan artikel-artikel kesihatan, perubatan, penyakit dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Hospital Melaka.

Segala usaha akan kami laksanakan dengan penuh iltizam agar menjadikan Melaka salah sebuah negeri yang Sihat Sepanjang Hayat. Akhir kata, terima kasih sekali lagi saya kepada semua pihak agar apa yang terpapar di Laman Web Hospital Melaka ini menjadi sumber inspirasi. Dengan ini saya akhiri dengan serangkap pantun;

 Kalau Tuan Memancing Kelah,
Jangan Lupa Sepinggan Lokan,
Jika Ada Berlaku Silap Salah,
Kemaafan Jua Yang Dipohonkan.

Sekian, terima kasih

DATUK DR. HJ. ZA'ABA BIN BABA D.P.S.M
PENGARAH HOSPITAL MELAKA

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
23 Jun 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017