Hospital Melaka memberi perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan dan pencegahan yang bermutu,cekap dan berkesan. Hospital Melaka menyediakan rawatan kepakaran dalam pelbagai disiplin untuk pesakit dalam dan luaran. Ia juga menyediakan rawatan harian (day care). Perkhidmatan yang diberikan bukan hanya untuk penduduk negeri Melaka tetapi juga untuk pelanggan dari utara ,Johor dan selatan Negeri Sembilan.
Sejarah awal Hospital Melaka 1934
Hospital Melaka dibina pada awal 1930an dengan kos binaan dari Straits Settlement berjumlah $2.5 juta dan telah dirasmikan oleh Sir Cecil Clementi, Gabenor Negeri-negeri Selat pada 12 Februari 1934. Majlis Perasmian turut dihadiri oleh Andrew Caldecott (British Colonial Secretary), Major General Lewin (Commanding Officer), Dr R.D. Fitzgerald (Director of Medical Treatment and Health), M.W. Millington (Resident Counselor) dan tetamu kehormat termasuk 700 rakyat Malacca.
Berikut adalah senarai nama Ketua Pegawai Perubatan mulai tahun 1934 hingga 1959
DR E P LUPPRIAN 1934-1936
DR BEARBOCK 1936-1942
DR S THAMBIPILLAI 1942-1945
DR (COL) MAC LINTOK 1945-1947
DR MAC PHERSON 1947-1948
DR J E MC MAHON 1948-1949
DR W GLYN EVANS 1949-1952
DR MAC BETH 1952-1953
DR J E MC MAHON 1953-1955
DR CHELAH 1955-1955
DR J E MC MAHON 1955-1957
DR TENG YOONG FONG 1957-1959
Penguasa Perubatan (1959 hingga 1994 )
DR HJ ABBAS BIN HJ ALIAS 1959-1961
DR S A SABARATNAM 1961-1967
DR ABDUL MAJID BIN TAN SRI ABDUL AZI 1967-1970
DR S SIVANASEN 1970-1971
DR WONG MAE YEE 1971-1974
DR M K HALLAJ RAHMATULAH 1974-1975
DR K KUHAN 1975-1986
DR HO KEONG BIN 1987-1990
DR A P VIJAYAN 1990-1994
Bangunan baru Hospital Melaka telah dirasmikan oleh Y.A.Bhg. Tun Dr.Mahathir Mohamad pada 9 Ogos 1999.