Unit Pengurusan Maklumat yang terletak di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Melaka bertanggungjawabmengurus, menyelaras dan menyediakan perkhidmatan sokongan ICT kepada warga hospital dan bertanggungjawab terhadap perkembangan dan penyelarasan ICT di Hospital Melaka.  Lokasi unit adalah terletak di Aras Dua Blok Pentadbiran termasuk kemudahan Makmal Komputer bagi kemudahan latihan ICT yang dijalankan sepanjang tahun bagi memastikan tahap kompetensi ICT warga Hospital meningkat dari masa ke semasa selaras dengan hasrat Pelan Strategik Bersepadu (ISP) Kementerian Kesihatan Malaysia.

Skop Perkhidmatan :

Membekalkan perkhidmatan ICT yang meliputi:

  • Khidmat Pelanggan - Memberi perkhidmatan bantuan teknikal kepada pengguna kemudahan ICT Hospital. 
  • Komunikasi dan Kolaborasi - Menyedia dan mengurus kemudahan komunikasi dan rangkaian seperti capaian Internet dan emel serta membangunkan portal.
  • Perolehan ICT - Mengendali, mengurus dan menganalisa secara teknikal perolehan bekalan, perkhidmatan dan pengurusan projek ICT hospital. 
  • Pengurusan Pusat Data - Mengurus dan menyelaras operasi Pusat Data agar berjalan lancar tanpa gangguan.
  • Infrastruktur ICT - Merancang, membangun dan menyelenggara infrastruktur bagi memudahkan pertukaran dan perkongsian maklumat termasuk rangkaian.
  • Perisian - Mengurus dan menyediakan perisian yang sah kepada setiap kemudahan ICT. 
  • Khidmat Runding - Menyediakan perkhidmatan khidmat runding berkaitan penggunaan dan pembangunan kemudahan ICT Hospital.
  • Sistem Aplikasi - Merancang, membangun, menyelaras dan menyelenggara serta memantau pelaksanaan sistem aplikasi bagi menyokong operasi agar berjalan dengan lancar.
  • Pembangunan Kompetensi ICT - Memberi latihan dan pendedahan khidmat teknikal bagi peningkatkan kompetensi ICT warga kerja Hospital ke arah budaya kerja baru menggunakan kemudahan ICT.
  • Keselamatan ICT - Merancang dan menyediakan perkhidmatan dalam melindungi kerahsiaan dan kesahihan maklumat, integriti data dan meminimumkan insiden keselamatan dalam penggunaan kemudahan ICT di Hospital Melaka termasuk memastikan warga Hospital mematuhi pematuhi Dasar Keselamatan ICT KKM.
  • Pelaksanaan Dasar ICT – Melaksanakan Dasar ICT yang telah ditetapkan oleh KKM disamping memastikan prosidur ICT dipatuhi.   

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
23 Jun 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017