Unit Kewangan merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam Pengurusan Kewangan, Akaun, Kutipan Hasil dan Daftar Masuk Pesakit di hospital. Unit ini membantu pengurusan atasan dalam memberi keputusan yang berkesan ke arah pencapaian objektif Hospital Melaka dengan memberi perkhidmatan yang tepat selaras dengan peraturan kewangan yang berkuatkuasa. Objektif unit adalah untuk melaksanakan satu sistem pengurusan kewangan dan akaun yang amanah, cekap, kemas dan berkesan bagi menyokong dan menyelaras usaha-usaha pelbagai program dan aktiviti hospital.  

Skop perkhidmatan :

  • Pengurusan Perakaunan/Bayaran
    • Menguruskan pembayaran secara elektronik melalui sistem  eSPKB bagi bil-bil, perkhidmatan kontrak, tuntutan serta elaun-elaun dalam perkhidmatan.
    • Menyedia dan menyelaraskan Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan.
    • Memantau Prestasi Perbelanjaan dan Penyediaan Laporan-Laporan Kewangan.
  • Pengurusan Perolehan/Pesanan Kerajaan
    • Mengeluarkan Pesanan Tempatan bagi pembelian terus bekalan/perkhidmatan bernilai kurang daripada RM50,000.00 melalui ePerolehan.
    • Menguruskan Perolehan secara Sebutharga bagi bekalan/perkhidmatan bernilai antara RM50,000 hingga RM500,000.00.
    • Menguruskan Perolehan secara sebutharga B bagi bekalan/perkhidmatan bernilai antara RM20,000 hingga RM50,000.
  • Pengurusan Kewangan Am
    • Menguruskan Permohonan Pinjaman Perumahan, Kenderaan dan Komputer.
    • Menyediakan Perjanjian Program.
  • Pengurusan Gaji
    • Bertanggungjawab menguruskan Pembayaran Gaji dan Elaun kakitangan hospital.
    • Menyediakan Perubahan Gaji, menyemak dan membuat pengesahan Potongan Gaji.
    • Menguruskan pembayaran Elaun Lebih Masa, EKLWBB, Pembedahan Elektif dan Lokum.
  • Pengurusan Hasil/Daftar Masuk
    • Menguruskan semua Pungutan dan Penerimaan hasil hospital.
    • Menyediakan Laporan Bulanan dan Tahunan hasil.
    • Menguruskan Tunggakan Hasil.
    • Menguruskan daftar masuk pesakit ke dalam wad hospital.

 

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
26 April 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017