Hospital Melaka telah ditubuhkan pada 12 Februari 1934 dan menyediakan perkhidmatan kesihatan termasuk Rawatan Kepakaran Pediatrik bagi Negeri Melaka, Johor Utara dan kawasan sempadan Negeri Sembilan. Bangunan baru Hospital Melaka dibuka dan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Muhammad pada 9 Ogos 1999. Walaubagaimanapun, Jabatan Pediatrik telah berpindah dari bangunan lama keblok baru pada 1 Jun 1999. Wad Pediatrik Perubatan terletak di Aras 1-4 dan khas untuk kanak-kanak berumur satu bulan sehingga 12 tahun. Wad ini mempunyai 28 katil. Oleh kerana kadar penggunaan katil yang tinggi, 15 katil dari Wad Pembedahan Pelbagai Displin Pediatrik (Wad Aras 1-2) di tambah pada tahun 2009 menjadikan jumlah 43 katil. Mulai Jun 2010, satu Unit Rawatan Rapi Pediatrik telah disediakan selepas kerja ubahsuai di Wad Aras 1-4. Unit ini di sediakan dengan 6 katil termasuk 2 bilik Isolasi. Pada masa kini, unit ini belum boleh berfungsi dengan sepenuhnya kerana kekurangan staf dan peralatan. Unit ini berfungsi sebagai High Dependency Unit. Wad Special Care Nursery terletak di Aras 2 dan khas untuk bayi baru lahir sehingga berumur satu bulan. Ia terdiri daripada 3 bahagian iaitu:

1. Unit Rawatan Rapi Bayi (Level III) mempunyai 8 katil
2. Nursery Level I mempunyai 40 katil
3. Nursery Level IImempunyai 30 katil

Klinik Pakar Pediatrik memberi rawatan susulan kepada kes-kes yang discaj daripada wad dan kes rujukan daripada semua hospital dan klinik Kementerian Kesihatan Malaysia dan Swasta.Pusat Rawatan Harian Pediatrik (Day Care) terletak di Blok Utama dan menyediakan rawatan pesakit luar terutamanya kes-kes haemato–oncology. Pejabat Pentadbiran Am Jabatan Pediatrik terletak di Blok B1 dan menjalankan semua urusan pengurusan dan pentadbiran.

Skop perkhidmatan :

  • Memberi perkhidmatan untuk kanak-kanak berumur satu bulan sehingga 12 tahun dalam pelbagai kategori, seperti rawatan perubatan, kes-kes baru dan susulan dan rawatan pesakit luar.

 

 

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
12 Disember 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017