Jabatan ini telah dimulakan dengan penempatan Pakar Pergigian Pediatrik di Hospital Melaka pada 1 Januari 2007. Sehingga kini, jabatan ini telah beroperasi selama 7 tahun. Isu utama jabatan adalah untuk mendapatkan fasiliti rawatan yang mencukupi. Pada masa ini, jabatan ini hanya mempunyai dua buah unit kerja sepenuh masa. Oleh kerana bilangan pesakit telah meningkat, bilik rawatan tambahan amat diperlukan. Telah terdapat aduan dari pesakit mengenai waktu menunggu yang lama sedangkan mereka pesakit keperluan khas yang sepatutnya diberi keutamaan. Masalah sukar diperbaiki kerana kebanyakan pesakit jabatan ini merupakan mereka yang berkeperluan khas, selain pesakit kecemasan dan trauma yang perlu diberi rawatan segera dan akan hadir tanpa temujanji.

Masalah bilik stor telah dapat diselesaikan pada 1 Julai 2012 atas jasa baik hospital memberi sebuah bilik untuk kegunaan sebagai stor. Ini telah membantu mengurangkan kesesakan dialami dan peralatan jabatan kini dapat disimpan dengan lebih selamat tanpa menghalang kawasan awam. Sebuah fasiliti sedang diusahakan tetapi ini mengambil masa yang lama untuk direalisasikan. Langkah-langkah untuk menangani masalah kekurangan unit rawatan dalam jangka masa terdekat ini amat diperlukan.

Skop perkhidmatan :

  • Pengendalian kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah yang memerlukan rawatan kepakaran oral dan pergigian. Ini termasuk pengendalian kes-kes trauma, kes-kes pembedahan oral, kes-kes patologi oral, kes-kes anomali oral, kes-kes perubatan oral, rawatan pergigian dan oral  kanak –kanak dengan penyakit sistemik, rawatan pergigian dan oral kanak-kanak istimewa dengan kecacatan fizikal/mental/pelbagai dan pengendalian kanak-kanak yang memerlukan rawatan pergigian dengan pembiusan umum/sedasi.

 

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
26 April 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017