Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Melaka merupakan sebuah jabatan yang aktif dan mantap dalam pengendalian pesakit. Jabatan ini juga sentiasa memperbaiki dan memperkemaskan perkhidmatan dengan berpandukan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 dan Persijilan Akreditasi.  Khidmat Kepakaran Kebidanan dan Sakit Puan berserta peralatan yang canggih disediakan bagi merawat pesakit dari Daerah Alor Gajah, Jasin, Selatan Negeri Sembilan dan Utara Johor. Jabatan ini mempunyai 5 wad kesemuanya iaitu Wad Aras 2-2, 2-4, 3-, 3-3 terletak di bangunan baru dan Wad A3 di bangunan lama. Wad-wad ini menempatkan pesakit antenatal, postnatal dan ginekologi.  Kamar Bersalin mempunyai 17 bilik untuk ibu-ibu bersalin dan ditempatkan di aras 2 bangunan baru.  Ianya dilengkapi dengan satu bilik pembedahan (OTM).  Klinik Obstetrik dan Ginekologi pula terletak di Kompleks Klinik Pakar, Aras 1 bangunan baru.  

Skop perkhidmatan :

  • Menjalankan aktiviti-aktiviti seperti pemeriksaan kepada ibu mengandung (Antenatal), pemeriksaan kepada ibu selepas bersalin (Postnatal) dan pemeriksaan sakit puan.

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
27 Julai 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017