Jabatan Pembedahan merupakan salah satu jabatan yang penting dan besar di Hospital Melaka. Jabatan ini telah diwujudkan sejak tertubuhnya Hospital Melaka pada 12 Februari 1934 dan beroperasi serta berkembang pesat sehingga hari ini. Jabatan Pembedahan memberikan rawatan kepada kes-kes sebelum dan selepas pembedahan dan kes-kes ulangan. Pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di jabatan ini biasanya adalah pesakit-pesakit yang dirujuk oleh unit-unit lain di Hospital Melaka seperti Jabatan Kecemasan, Klinik-klinik Kesihatan dan Hospital-Hospital Daerah. Jabatan Pembedahan sentiasa berdaya saing dengan matlamat perkhidmatan melalui:

  • Perkhidmatan mesra-pesakit dan berkualiti.
  • Perkembangan para petugas yang profesional di kalangan Pakar-Pakar, Pegawai-Pegawai Perubatan dan Paramedik-Paramedik.
  • Pengukuhan teras perkhidmatan.
  • Penyesuaian teknologi semasa ke arah perkhidmatan yang lebih baik dan selamat terutama dalam khidmat surgikal kecemasan dan endoskopi.
  • Latihan dan pembelajaran yang berterusan ke arah peningkatan ilmu dan kemahiran di kalangan kakitangan.
  • Perkembangan perkhidmatan subspeciality termasuk perkhidmatan urologi, pembedahan pediatrik dan neurosurgikal.

Skop perkhidmatan :

  • Klinik Pakar Pembedahan Pesakit Luar (SOPD)
  • Klinik Pakar Pembedahan Pediatrik dan Lawatan Hospital Kuala Lumpur
  • Klinik Payudara
  • Klinik Urologi dan Lawatan Pakar Urologi Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang
  • Klinik Onkologi (Lawatan HKL)
  • Klinik Pesakit Luar Hospital Jasin
  • Perkhidmatan ERCP
  • Wad-wad Pembedahan
  • Wad Penjagaan Paliatif
  • Unit Rawatan Kebakaran
  • Memberi kaunseling

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
16 Oktober 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017