Jabatan ini yang dikenali dengan nama Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak (THT) telah ditubuhkan pada tahun 1977 oleh seorang Pakar Kontrak bernama Dr. Lakibur Razzak dari Pakistan. Beliau kemudiannya diganti oleh Dr. Dushan Khanna pada tahun 1979. Semenjak itu, Jabatan ini tiada pakar sehingga tahun 1993 diketuai oleh seorang pakar kontrak (Dr.Nyawin dari Burma), kemudiannya 1994 (Pakar lawatan dari Seremban- Dr. Awal Hassan), 1995 (Dr. K.C.Lim), 1996 (Dr. Elangovan) dan 1999 (Dr. Tay Ah Bah). Pada tahun 2000 sehingga sekarang, Jabatan ini telah diterajui oleh Dr. Abd. Razak Bin Ahmad. Pada tahun 2001, nama jabatan ini telah ditukar kepada Jabatan Pembedahan Otorinolaringologi atau nama singkatannya sebagai ORL. Pada tahun 2007, Jabatan ini mempunyai Sub-kepakaran di bidang Kepala dan Leher dan dikenali sebagai Jabatan Pembedahan Otorinolaringologi, Kepala dan Leher (ORLHNS). Jabatan telah memulakan perkhidmatan Audiologi pada Julai 2001 (Pn. Nur Yazrina Yazid) dan perkhidmatan Terapi Pertuturan pada Mac 2003 (Puan Yasmin).

Buat masa ini, Jabatan ini telah diperuntukkan dengan seorang Pakar Perunding Kanan, 2 Pakar ORL , 10 Pegawai Perubatan, 3 Audiologist, 2 Jurupulih Pertuturan, seorang Penyelia Pembantu Perubatan (U32), seorang Ketua Jururawat (U32), 3 Jururawat Terlatih, 3 Pembantu Perubatan, 3 Pembantu Perawatan Kesihatan dan seorang Pembantu Tadbir. Jabatan juga diperuntukkan 14 buah katil untuk merawat pesakit dalam dan 2 sesi pembedahan elektif.

Skop Perkhidmatan :

Menyediakan perkhidmatan seperti menyediakan rawatan pakar pesakit luar, menyediakan rawatan pakar pesakit dalam, membuat pemeriksaan dan rawatan kes-kes yang dirujuk dari hospital kerajaan, pusat kesihatan, hospital dan klinik swasta, menjalankan pembedahan elektif, bedah harian dan kecemasan pada hari-hari yang dikhaskan, memberi perkhidmatan konsultasi dalam bidang ORL, memberi keselesaan kepada pesakit semasa menerima rawatan, membuat rujukan kepada jabatan tertentu untuk pesakit mendapatkan rawatan yang lebih sempurna, memberi rawatan pesakit barah kepala dan leher, membuat saringan pendengaran kanak-kanak berisiko tinggi, membantu rehabilitasi pertuturan kanak-kanak istimewa, menyediakan perkhidmatan masalah menelan.

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
23 Jun 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017