Perkhidmatan yang diberikan meliputi rawatan penyakit berkaitan mata, pembedahan dan rawatan segera untuk kes-kes kecemasan untuk semua penduduk Negeri Melaka, juga termasuk penduduk yang bersempadan dengannya seperti Negeri Sembilan, Johor Utara dan Pahang. Ia juga berfungsi sebagai pusat rujukan bagi unit-unit lain di Hospital Melaka, Klinik Kesihatan dan Klinik Swasta. Lokasi Jabatan dan Klinik Pakar Oftalmologi adalah bersebelahan Klinik Pembedahan (SOPD).

Skop perkhidmatan :

  • Memberi perkhidmatan seperti rawatan kepada pesakit dalaman dan luaran, rawatan kecemasan pada setiap masa(24jam), melakukan rawatan pembedahan besar dan kecil mata, saringan pesakit Diabetik Retinopathy di kaunter klinik dikendalikan oleh paramedik sahaja, melakukan rawatan laser dan fundus kamera, melakukan screening pemeriksaan mata untuk kanak-kanak tadika negeri Melaka untuk mengetahui masalah yang dihadapi kanak-kanak tersebut, mengadakan Klinik Kanak-Kanak Keperluan Khas Bersekutu (Combine Clinic), melakukan pemeriksaan perubatan ntuk permohonan lesen memandu yang dirujuk oleh Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ), menganjurkan kursus mata, CME, kem kesihatan dan bengkel secara berterusan dan sebagai pusat pembelajaran, memberikan latihan kepada pelatih-pelatih Kolej Perubatan Melaka-Manipal, pasca ijazah, pelatih jururawat dan penolong pegawai perubatan.

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
16 Oktober 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017