Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi Hospital Melaka atau lebih dikenali umum sebagai Jabatan Bius adalah merupakan jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan anestesia (pembiusan) yang selamat dan penjagaan intensif kepada pesakit dalaman bagi setiap jabatan klinikal diseluruh hospital umumnya. Jabatan ini juga turut bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, paling profesional, berkualiti, adil dan saksama tanpa mengira pangkat dan keturunan kepada pesakit yang memerlukan. Ia juga merangkumi aspek keselesaan paling maksimum kepada pesakit sebelum, semasa dan selepas pembedahan atau semasa pesakit menerima rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU Mawar dan ICU Orkid).

Skop perkhidmatan :

  • Skop perkhidmatan yang ditawarkan di jabatan ini adalah seperti berikut berserta strategi yang melibatkan aspek pendidikan, kewangan dan tenaga manusia seperti memberi pembiusan kepada pesakit dari setiap disiplin di hospital yang memerlukan pembedahan sama ada pembedahan elektif (pilihan) atau kecemasan, menyediakan perkhidmatan anestesia (pembiusan) kecemasan dalam tempoh 24 jam, menawarkan perkhidmatan sakit akut (APS) kepada pesakit-pesakit yang memerlukan selepas pembedahan dimana masa perkhidmatan dilanjutkan bermula jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam dan juga kepada pesakit-pesakit yang kritikal, mengadakan perkhidmatan Klinik Anestesia yang bertanggungjawab memantau keadaan pesakit berada pada tahap kesihatan paling optima dan stabil sebelum menjalani pembedahan, memberi khidmat Obstetric Epidural untuk pesakit yang menghadapi proses kelahiran (bersalin), menyediakan perkhidmatan Klinik Sakit Kronik (Chronic Pain Clinic) bagi memenuhi keperluan pesakit yang mengalami kesakitan kronik yang berpanjangan – kekerapan perkhidmatan klinik ini ditambah dari hari Isnin, Selasa dan Rabu kepada setiap hari iaitu hari Isnin sehingga Jumaat, kru Jawatankuasa Pendermaan Organ yang lebih dikenali sebagai TOP TEAM – bertanggungjawab menguruskan proses pendermaan organ pesakit dan hebahan kepada masyarakat tentang kepentingan pendermaan organ dan perlaksanaan perkhidmatan Paediatric Anaesthesiabagi memantapkan lagi fungsi jabatan dan memenuhi keperluan pesakit.

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
23 Jun 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017