Jabatan Ortopedik Hospital Melaka adalah salah satu  jabatan yang penting dikalangan lain-lain jabatan yang terdapat di Hospital Melaka serta menerima jumlah kehadiran pesakit yang tinggi. Setiap tahun perbelanjaan bagi perkhidmatan kesihatan Jabatan Ortopedik meningkat dan terus meningkat. Peningkatan ini dikaitkan dengan pertambahan kos ubat dan implan, perubahan demografi penduduk, perubahan dalam polar penyakit dan gaya hidup, perawatan menggunakan teknologi terkini serta peningkatan kehendak pelanggan kepada perkhidmatan yang lebih berkualiti. Jabatan ini diketuai oleh 2 orang Pakar Perunding Gred Khas C, 6 Pakar Ortopedik, 28  Pegawai Perubatan dan selebihnya paramedik yang membantu didalam menguruskan jabatan ini. Pejabat pakar ortopedik telah berpindah  di Tingkat 1 Blok E bangunan hospital lama setelah pengubahsuaian dilakukan.  Jabatan Ortopedik  mempunyai 5 wad yang terletak di Blok D (Bangunan Lama)  iaitu D1, D2, D3,  D4 ,B3 dan Wad Aras 1-2 dibangunan baru yang mempunyai 141 katil. Jabatan ini menguruskan kes kepatahan pesakit dalam dan kes rawatan lanjutan serta rujukan dari lain-lain unit atau hospital termasuk pihak swasta. Jabatan ini seperti biasa turut terlibat menjalankan pembedahan kepada pesakit. Antara pembedahan yang dilakukan adalah Total Hip/Knee/Ankle Arthroplasty (THR/TKR/TAR) dan pembedahan spinal serta pembedahan ortopedik yang lain.

Skop perkhidmatan :

  • Perkhidmatan Pesakit Dalam
    • Jabatan Ortopedik dibawah jagaan Mr. N. Sivapathasundaram Pakar Perunding Perubatan Ortopedik telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kes-kes kepatahan di Hospital Melaka. Jabatan Ortopedik menyediakan 5 buah wad iaitu wad D1, D2, D3 dan D4. Setiap wad mempunyai 30 buah katil dengan diketuai oleh Ketua Jururawat. Di wad aras 1-2 diperuntukan elemen ortopedik bagi kes pediatrik dan Wad B3 untuk 8 katil untuk kes ortopedik perempuan.
  • Perkhidmatan Pesakit Luar
    • Bagi kes-kes discaj dan rujukan akan diberi tarikh temujanji untuk mendapatkan rawatan lanjut dan susulan di Klinik Pakar Ortopedik setiap hari Isnin hingga Jumaat.
      • Lawatan Pakar ke Hospital Daerah
        • Perkhidmatan klinik pakar bukan sahaja terdapat di Hospital Melaka malahan telah diperluaskan ke hospital daerah iaitu di Jasin dan Alor Gajah. Bagi Hospital Jasin lawatan pakar adalah pada hari Selasa minggu kedua dan keempat manakala Hospital Alor Gajah pula ialah pada hari Jumaat minggu pertama dan kedua. Kini Dewan Bedah Hospital Jasin telah mula beroperasi dengan mengendalikan kes-kes minor dan elektif sahaja.
  • Dewan Bedah Ortopedik
    • Jabatan ini juga aktif melakukan pembedahan kecemasan, trauma dan elektif. Dewan Bedah Ortopedik juga menjadi medan pembelajaran khususnya untuk teknik-teknik terkini dan perkongsian kepakaran dengan MMMC. Kebanyakan pegawai perubatan memilikicredentialing and privellageing untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan khususnya semasa di dewan bedah. Antara kes-kes pembedahan yang dilakukan adalah Total Hip/ Knee/ Ankle Arthroplasty dan Pembedahan Spinal.
  • Klinik Perubatan Sukan
    • Klinik ini telah mula beroperasi pada bulan Januari 2013 dengan kehadiran seorang Pakar Perubatan sukan di jabatan ini. Pada Januari 2014 klinik perubatan sukan telah beroperasi di bangunan baru yang telah di ubah suai di KompleksIlmu. Klinik Perubatan Sukan beroperasi setiap hari waktu bekerja.

 

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
22 Ogos 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017