Jabatan ini pada mulanya dikenali sebagai Klinik Aneka Pergigian sejak ia mula beroperasi seawal tahun 1930-an di Blok Lama Hospital Melaka. Klinik ini telah berpindah ke Tingkat 2, Kompleks Pakar, Blok Baru Hospital Melaka pada bulan Julai 1999 dan berfungsi sebagai pusat rujukan kes-kes pergigian dan pembedahan mulut.
Skop Perkhidmatan :
Memberi perkhidmatan seperti kepakaran pembedahan mulut dam maksilofasial, patologi dan perubatan mulut, prostetik maksilofasial, pergigian untuk pesakit “medically compromised”, pergigian am dan perkhidmatan kecemasan dan trauma 24 jam.