Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka adalah merupakan laluan utama pintu masuk pesakit untuk menerima rawatan atau barisan hadapan Hospital Melaka(front liner) dan ianya beroperasi 24 jam. Jabatan ini juga merupakan salah satu daripada komponen utama perkhidmatan kesihatan yang bertanggungungjawab memberikan perkhidmatan perawatan dan pemulihan pesakit kecemasan, diagnostik serta pencegahan serta menerima kes-kes rujukan dari hospital-hospital lain, klinik kerajaan dan swasta dalam dan luar negeri Melaka. Perkhidmatan jabatan dijalankan berteraskan nilai-nilai perikemanusiaan dan kepada aspek-aspek sosio-ekonomi dan budaya pesakit serta mengutamakan kepentingan kesihatan dan keselesaan pesakit dan diberi dengan cepat dan tepat. Perkhidmatan kecemasan di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Melaka telah berkembang selari dengan peredaran masa. Jabatan Kecemasan & Trauma yang diketuai oleh Pakar Perubatan Kecemasan turut berubah. Zaman di mana perubatan kecemasan bukan satu bidang kepakaran telah lama berlalu. Pegawai perubatan dan anggota Jabatan Kecemasan tidak lagi berfungsi sebagai Post Office yang hanya menghalakan pesakit-pesakit mengikut diagnosa kepakaran samada pesakit medical, surgical, obstetric & gynaecological, orthopedic dan sebagainya. Kini, pesakit yang datang ke Jabatan kecemasan, perlu diresusitasi, distabilkan dan diberi perawatan awal. Ujian-ujian seperti x-ray, ultrasound dan ujian darah perlu dilakukan di Jabatan Kecemasan sebelum pesakit di masukkan ke wad. Berbagai prosedur turut dilakukan di Jabatan Kecemasan.

Skop Perkhidmatan :

  • Perawatan Kecemasan & Trauma
  • Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital
  • Pusat Khidmat Sepadu (One Stop Crisis Centre - OSCC)
  • Perkhidmatan Pasukan Perlindungan Perubatan
  • Pusat Latihan Pelatih Perubatan dan Paramedik

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
16 Oktober 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017