PENGENALAN

Jabatan Patologi merupakan salah satu Direktorat Diagnostik Klinikal Hospital Melaka. Jabatan ini berperanan penting dalam rawatan pesakit dan kesihatan awam melalui perkhidmatan makmal diagnostik dan Transfusi Perubatan. Jabatan ini menitikberatkan perkhidmatan yang segera, tepat dan menyeluruh. Perkhidmatan yang diberikan bukan sahaja tertumpu di Hospital Melaka tetapi merangkumi makmal kesihatan, hospital daerah, hospital swasta dan Hospital Kem Terendak di negeri Melaka serta hospital Kementerian Kesihatan di negeri yang berhampiran. Lokasi Jabatan Patologi adalah bertempat di Kompleks bangunan baru Hospital Melaka, tingkat 2. Berhampiran dengan jabatan sajian, kamar bersalin, jabatan pembedahan pergigian dan klinik pakar.

Pemandangan Hadapan Jabatan Patologi, Hospital Melaka

OBJEKTIF JABATAN

  1. Menyediakan perkhidmatan makmal diagnostik dan konsultansi dalam Patologi Kimia, Hematologi, Transfusi Perubatan, Anatomik Patologi dan Mikrobiologi Perubatan.
  2. Menyediakan serta memastikan bekalan darah dan komponen darah yang selamat serta mencukupi bagi menampung keperluan rawatan pesakit bagi semua hospital dalam Negeri Melaka dan pada masa tertentu hospital di luar Negeri Melaka. 
  3. Menyediakan latihan klinikal, teknikal dan analitik kepada anggota Jabatan Patologi, anggota Kementerian Kesihatan, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan yang lain.
  4. Memberikan perkhidmatan konsultansi kepada jabatan-jabatan di Kementerian Kesihatan berkaitan Perkhidmatan Patologi.
  5. Terlibat secara langsung dan bekerjasama dengan jabatan klinikal yang lain dalam penyelidikan dan pembangunan perkhidmatan Patologi dan bidang yang berkaitan. 

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan makmal Patologi dilaksanakan secara profesional, berinovasi, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan melalui:

  1. Kaunter Utama ( Preanalitikal )  - penerimaan permintaan ujian.
  2. Makmal Pendiagnosan
    1. Makmal Patologi Kimia
    2. Makmal Hematologi
    3. Makmal Mikrobiologi
    4. Makmal Serologi
    5. Makmal Histologi
    6. Makmal Saitologi
  3. Perkhidmatan Transfusi Perubatan
    1. Pusat Pungutan darah
    2. Pusat Penyaringan  ‘Transfusion Transmitted Infection’ spt. HIV, Hep.B , Hep C dan VDRL
    3. Pemerosesan dan pembekalan darah serta komponen
    4. Mengurus penghantaran plasma CSL, Australia bagi program fraksinasi
  4. Mengurus program latihan Perkhidmatan Patologi bagi pelatih dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta mengikut program/ modul latihan
  5. Menggalakkan penglibatan dalam kajian serta penyelidikan  dalam bidang Patologi  mengikut keperluan demi peningkatan perkhidmatan
  6. Memberi perkhidmatan nasihat kualiti dan teknikal Patologi ke makmal kesihatan, hospital daerah Negeri Melaka melalui lawatan pakar dan penyeliaan makmal

AKTIVITI

  1. Terlibat secara aktif dengan Program Akreditasi, MS ISO 9001 peringkat hospital.
  2. Aktiviti Kualiti Jabatan Patologi.
  3. Aktiviti JK Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan (JKKP)
  4. Audit Kualiti Dalaman MS ISO 15189
  5. Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.
  6. Kajian kepuasan Pelanggan
  7. Aktiviti kawalan mutu Unit-unit di Jabatan Patologi yang terbahagi kepada kawalan mutu dalaman, kawalan mutu luaran (RCPA, IMR, MKAK, RIQAS, EQAS) dan NIA.
  8. Point of care testing (POCT)
  9. Penyeliaan Pakar-pakar ke Hospital-hospital Daerah (Hospital Alor Gajah dan Jasin).
  10. Kursus anjuran jabatan Patologi
  11. CME dan Journal Club.
  12. Aktiviti Kelab Sukan & Kebajikan Patologi.
  13. Aktiviti Hari Penderma Darah.
  14. Aktiviti Kesedaran 5S.
  15. Aktiviti Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK)
  16. Aktiviti Buletin dan Newsletter.

AKREDITASI

  1. Jabatan Patologi kearah Pensijilan Akreditasi Makmal Malaysia (MS ISO 15189) oleh Standard Malaysia.
  2. Unit Perkhidmatan Darah dan Tranfusi Perubatan, Jabatan Patologi, Hospital Melaka mendapat pensijilan dan pengiktirafan dari ‘Therapeutic Goods Administration’ (TGA) dan CSL Bioplasma, Australia

WAKTU OPERASI

  1. 8.00 a.m - 5.00 p.m
    1. Pengurusan
    2. Histopatologi
    3. Saitologi
    4. Serologi
  2. Perkhidmatan 24 jam
    1. Kaunter Utama
    2. Patologi Kimia
    3. Hematologi
    4. Tabung Darah
    5. Microbiology 

DIREKTORI PATOLOGI | STAF PENGURUSAN PATOLOGI

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
16 Oktober 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017