Jabatan Farmasi dan Bekalan merupakan salah satu perkhidmatan sokongan yang terbesar di dalam Hospital Melaka. Ianya digolongkan di bawah Direktorat Sokongan Klinikal. Perkhidmatan Farmasi dibahagikan kepada 2 bahagian secara amnya iaitu Perkhidmatan Farmasi Am dan Perkhidmatan Farmasi Klinikal. Perkhidmatan Farmasi Am terdiri daripada Farmasi Klinik Pakar dan Farmasi Logistik. Perkhidmatan Farmasi Klinikal pula meliputi Farmasi Pengeluaran, Farmasi Makmal Steril, Farmasi Farmakokinetik Klinikal, Pusat Informasi & Sumber Farmasi, Farmasi Bekalan Wad & Farmasi Satelit, Farmasi Wad, Farmasi Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) dan Farmasi Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Skop perkhidmatan :

Secara keseluruhan, skop perkhidmatan Jabatan Farmasi dan Bekalan Hospital Melaka meliputi:

 

1. Perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat-ubatan, bukan ubat, reagen dan gas perubatan di Hospital Melaka.
2. Pembekalan dan penyediaan ubat-ubatan campuran, losyen, salap, krim, ubat mata, telinga dan hidung mengikut tatacara tertentu dan amalan pengilangan yang baik.
3. Memberi perkhidmatan mendispens ubat-ubatan kepada pesakit luar dan pesakit discaj. Menawarkan perkhidmatan Farmasi Tambah Nilai (Value-added Services, VAS) seperti Farmasi Pandu Lalu, Kad Temujanji, Ubat Melalui Pos dan Locker 4U (L4U).
4. Membekal ubat-ubatan kepada semua wad dan unit.
5. Mengadakan perkhidmatan farmasi wad.
6. Memberi perkhidmatan pertanyaan berkaitan maklumat ubat-ubatan, pengendalian kes-kes alergi atau kesan advers ubat, Medication Error (ME), mengendalikan sesi pembelajaran berterusan (Continuos Pharmacist Education, CPE) untuk semua anggota Farmasi dan pameran Program Kenali Ubat Anda.
7. Memberi perkhidmatan Nutrisi Parenteral (Total Parenteral Nutrition, TPN) dan IV Admikstur.
8. Memberi perkhidmatan interpretasi Farmakokinetik Klinikal (Therapeutic Drug Monitoring, TDM).
9. Memberi perkhidmatan rekonstitusi ubat sitotoksik (Cytotoxic Drug Reconstitution, CDR).
10. Memperolehi, menyimpan dan membekal ubat-ubatan, alat kelengkapan perubatan dan reagen.
11. Memberi perkhimatan kaunseling dan pemantauan pesakit di klinik pakar.
12. Memperolehi, menyimpan dan membekal ubat-ubatan,alat kelengkapan perubatan dan reagen.
13. Memberi perkhimatan kaunseling dan pemantauan pesakit di klinik pakar.
14. Memberi perkhidmatan rawatan terapi gantian methadone (RTGM).
15. Memberi perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC).

 

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
12 Disember 2018

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2018