Jabatan Dietetik merupakan salah satu unit sokongan klinikal yang penting dalam pengurusan pesakit di hospital. Jabatan ini memberi perkhidmatan khusus dalam penjagaan pemakanan pesakit meliputi penyediaan makanan dan juga ‘Medical Nutrition Therapy’ yang melibatkan rundingcara dan perancangan pemakanan pesakit-pesakit yang memerlukan terapi khusus bagi semua disiplin perubatan. Perkhidmatan penyediaan makanan dijalankan setiap hari sepanjang tahun, meliputi semua pesakit di wad iaitu bagi diet normal dan terapeutik, melalui sistem pengagihan makanan secara berpusat (centralised plating) dan menggunakan sistem Tray Menu Mobile. Perkhidmatan ‘Medical Nutrition Therapy’ dijalankan setiap hari bekerja sepanjang tahun. Bagi kes pesakit dalam yang dirujuk, perkhidmatan diberikan di wad berkenaan manakala perkhidmatan pesakit luar pula dijalankan di Klinik Diet melalui temujanji ataupun secara ‘walk-in’.

Skop perkhidmatan :

  • Menyedia dan membekalkan sajian kepada ibu-ibu yang menemani anak di wad (MAC).
  • Menyedia dan membekalkan sajian untuk doktor yang bertugas atas panggilan dan di Dewan Bedah.
  • Membekalkan ‘night ration’ kepada anggota yang bertugas malam.
  • Membekalkan makanan/minuman kepada pesakit yang menjalani rawatan haemodialisis.
  • Membekalkan makanan/minuman kepada pesakit di Pusat Rawatan Harian dan juga Bengkel Terlindung.
  • Mengadakan ceramah–ceramah pemakanan kepada anggota paramedik, masyarakat awam dan agensi–agensi lain yang memerlukan.
  • Mengurus program Latihan Dietetik dan Katering untuk pelatih dari Institusi Pengajian Tinggi.
  • Menggalakkan penglibatan dalam kajian serta penyelidikan Katering dan Dietetik  Klinikal / komuniti mengikut keperluan demi peningkatan perkhidmatan.

 

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
27 Julai 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017