Perkembangan pesat perkhidmatan Fisioterapi Hospital Melaka yang telah berusia lebih setengah  abad iaitu selama 52 tahun terbukti dengan peningkatan beban kerja yang ketara serta sambutan memberansangkan terhadap pengwujudan pengkhususan di beberapa bidang tertentu seperti; Rehabilitasi Stroke, Neurodevelopmental Pediatrik (Intervensi Awal), Musculoskeletal termasuk Trauma dan Kecederaan Sukan, Kesihatan Wanita dan Lelaki, Hidroterapi, Spinal Cord Injury, Rehabilitasi Vestibular, Rehabilitasi pesakit  Amputasi Chronic Pain Clinic/Management, Rehabilitasi Jantung, Rehabilitasi Pulmonary,  Rawatan Fototerapi untuk pesakit kulit, Program Obesiti dan Rehabilitasi Warga Emas. Semua staf di init  bersama-sama menggembeleng tenaga untuk mencapai visi dan misi organisasi yang sejajar dengan matlamat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri dan Hospital.

Skop perkhidmatan :

  • Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang komprehensif dan holistik kepada pesakit dalam dan pesakit luar di Unit Fisioterapi dengan penggunaan pelbagai modaliti perawatan berlandaskan Piawaian Amalan Fisioterapi.
    • Mechanical therapy
    • Elektrotherapy
    • Phototherapy
    • Thermal Agents
    • Cryotherapy
    • Manual Therapy
    • Hydrotherapy
    • Exercise Therapy
    • Special Techniques (Myofascial Release dll.)
    • Chest Physical Therapy
    • Special Diagnostic Procedures
    • Patient Education
    • Special Program
  • Pengajaran Klinikal dan Pembelajaran berterusan (CPD) untuk anggota (Fisioterapis dan Pembantu Perawatan Kesihatan) diadakan setiap bulan yang merangkumi sesi teori dan praktikal.
  • Perkhidmatan Fisioterapi disediakan pada hari dan waktu seperti :
    • Waktu operasi rasmi dari Isnin hingga Jumaat
      • 7.30 pagi hingga 5.00 petang pesakit luar
      • 8.00 pagi hingga 5.00 petang untuk pesakit dalam
    • Sabtu/Ahad/Hari kelepasan Am : Kerja-kerja berjadual (Scheduled Call) dijalankan di wad-wad intensif seperti ICU/CCU/SCN/HDW dan di wad lain dengan rujukan bagi rawatan intensif chest seperti pesakit di bawah bantuan pernafasan ventilator.
    • Bersama Jabatan Dermatologi menjalankan rawatan Fototerapi pada setiap hari Isnin hingga Khamis (pada sebelah petang sahaja).

 

 

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
16 Oktober 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017