Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diperkenalkan di Hospital Melaka semenjak tahun 1954 dengan hanya seorang anggota. Pada peringkat awal perkhidmatan ini, ianya dikenali sebagai perkhidmatan Lady Almoner dan kemudiannya perkhidmatan ini dikenali sebagai Unit Kebajikan Perubatan iaitu pada 1994. Bersesuaian dengan perkembangan kerjaya, perkhidmatan ini telah ditukar nama kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) pada tahun 2013.

Percantuman pengkhususan bidang-bidang dalam kerja sosial yang membentuk kerja sosial genetik telah menampilkan peranan dan kewujudan pegawai-pegawai kerja sosial perubatan yang semakin penting. Dari semasa ke semasa peranan dan sumbangan perkhidmatan kerja sosial perubatan semakin mencabar dalam arus permodenan selari dengan pertambahan masalah-masalah sosial yang dibawa oleh arus pembangunan. Dalam menjurus ke arah negara maju juga perlu memperlihatkan bahawa pendekatan merawat penyakit sosial perlu diberi perhatian yang serius dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti emosi, sosio ekonomi, rangkaian perhubungan dan sokongan (support) keluarga dan mereka yang berkepentingan.

JKSP Hospital Melaka kini beroperasi dengan lapan orang anggota iaitu seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat (Kementerian Kesihatan Malaysia) Gred S52, seorang Gred S48, seorang Gred S44, dua orang Gred S41, seorang Penolong Hal Ehwal Agama Islam Gred S32, seorang Pembantu Tadbir N17 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3.

OBJEKTIF & FUNGSI

JKSP berfungsi untuk memberikan program khidmat sosial yang komprehensif kepada pesakit atau klien di wad (in-patients) dan pesakit luar (out-patients). Matlamat utama unit ini adalah untuk memberi khidmat bagi menyelaras dan mengurus masalah psikososial dan sosio ekonomi pesakit. Sistem perkhidmatan UKSP dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu:

Sokongan Terapi (supportive theraphy)

  • Pusat Khidmat Sepadu (OSCC)
  • Penjagaan Pesakit Kronik
  • Cubaan Bunuh Diri
  • Perbalahan/keganasan rumahtangga
  • Ibu tanpa nikah
  • Mangsa perkosaan
  • Penganiayaan kanak-kanak
  • Masalah tingkah laku
  • Kes kurang upaya ( cacat )
  • HIV positif/AIDS
  • Ketagihan dadah
  • Perlindungan wanita dan gadis

Bantuan Praktik

  • Menyediakan laporan penilaian sosial
  • Membuat perancangan keluar wad
  • Menguruskan rujukan pendidikan khas
  • Menguruskan penempatan di institusi
  • Menguruskan penjagaan anak pelihara/anak angkat
  • Mendapatkan tambang balik atau untuk ke hospital rujukan
  • Pengecualian/pengurangan bayaran caj hospital dan Institut Jantung Negara (IJN)
  • Mendapatkan alat tiruan/peralatan perubatan
  • Mendapatkan perbelanjaan pelbagai

Perkhidmatan-perkhidmatan Lain

Jabatan Kerja Sosial Perubatan juga dipertanggungjawabkan untuk menyelaras Pusat Khidmat Sepadu (OSCC) yang berperanan untuk membantu mangsa-mangsa keganasan rumahtangga, mangsa penderaan kanak-kanak dan mangsa rogol/pencabulan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Hospital, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis, Jabatan Agama Islam dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

  • Sukarelawan Hospital - JKSP juga bertanggungjawab untuk menyelaras perkhidmatan sukarelawan hospital yang berfungsi untuk memberi perkhidmatan sokongan kepada perkhidmatan hospital dalam bentuk memenuhi keperluan dari segi sosial, emosi dan kerohanian pesakit-pesakit.
  • Suspected Child Abuse and Neglect (SCAN) Team Hospital Melaka - Merupakan pasukan yang terdiri daripada multi-disiplin di hospital yang bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak polis untuk menguruskan kes pengabaian kanak – kanak yang dimasukkan ke wad atau dirujuk melalui OSCC atau JKM.
  • Perkhidmatan Semasa Bencana - Menjaga kebajikan mangsa dan waris mereka, Menyampaikan informasi terkini berkenaan keadaan mangsa yang diperlukan oleh waris mereka dan sebagai perantara kepada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dan bekerjasama dalam memberi bantuan.

HUBUNGI

Ketua Unit : 06-2892450

Pegawai Kerja Sosial Perubatan : 06-2892451/2452/2453

Kaunter : 06-2892454

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
26 Mei 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017