Unit Pendidikan Pesakit merupakan salah satu unit di bawah perkhidmatan sokongan bukan klinikal di Hospital Melaka. Unit ini bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan bantuan, sokongan dan penggalakan bagi program dan aktiviti pendidikan kesihatan bagi hospital dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti kesihatan pesakit, keluarga dan masyarakat melalui penggembelingan sumber dan kaedah pendidikan kesihatan yang bersesuaian.

Skop perkhidmatan :

Secara keseluruhan, skop perkhidmatan Unit Pendidikan Pesakit adalah seperti berikut:

  • Melaksanakan Program Pendidikan Pesakit bagi pesakit darah tinggi, diabetis, rehabilitasi jantung dan asma.
  • Melaksanakan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok.
  • Melaksanakan aktiviti Kempen Cara Hidup Sihat.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan promosi kesihatan.
  • Menjalankan aktiviti pameran dan ceramah kesihatan.
  • Menyediakan sumber pendidikan kesihatan.
  • Menerbit dan mencetak bahan-bahan pendidikan kesihatan.
  • Menyediakan perkhidmatan backdrop dan pinjaman bahan media pendidikan.

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
27 Julai 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017