Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan  Unit Kesihatan  Awam di Hospital  Melaka  pada 12 Mei 2003. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan UD 54, dua orang Pegawai Perubatan UD44, seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Gred U32 dan seorang Pembantu Awam H11. Unit ini adalah unit sokongan yang memberi perkhidmatan aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit, penyakit tidak berjangkit, kesihatan persekitaran, kebersihan premis makanan dan menjalankan penguatkuasaan perundangan yang berkaitan dengan kesihatan awam seperti Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan  Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (Pindaan Hingga April, 2004). Skop bidang tugas unit adalah luas dan meliputi bidang  kawalan vektor,  keselamatan dan kebersihan mutu makanan , kawalan penyakit berjangkit dan infeksi nosokomial, keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan  penguatkuasaan aktiviti merokok di kawasan Hospital Melaka.

OBJEKTIF

Memastikan pekerja dan orang ramai yang berkaitan dengan aktiviti Hospital Melaka berada di persekitaran tempat kerja yang selesa, sihat dan selamat dengan perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penyelarasan aktiviti Kesihatan Awam yang bermutu pada tahap yang tinggi di kawasan hospital dan premis-premis lain di bawah pentadbirannya dengan mengambilkira kehendak undang-undang serta merancang dan mengelolakan program latihan dan promosi kesihatan untuk mendorong serta mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran staf di samping memantau perkhidmatan penswastaan syarikat konsesi.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Kawalan Penyakit Berjangkit
  • Penyakit Tidak Berjangkit
  • Keselamatan  dan Kualiti  Makanan
  • Kesihatan Persekitaran
  • Kawalan Vektor/Rodent
  • Penguatkuasaan Undang Undang (Kesihatan Awam)

PERJAWATAN

Ketua Unit : Dr. Hj. Azhar bin Mohd Sali
Pegawai Perubatan : Dr. Ruben Kumar a/l Maniam
    Dr. Abdullah Aliff bin Abdul Wahab
Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran Kanan : En. Faishal bin Bahari
Pembantu Awam : En. Fawzie bin Adel

POLISI/GARIS PANDUAN

HUBUNGI

Pejabat : 06-2892062

Hospital : 06-2892344 (ext : 2062)

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
22 Ogos 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017