Unit Kualiti dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada 1 September 2002 dan ditempatkan di Tingkat 1, Blok Pentadbiran Hospital Melaka. Semenjak tahun 2007, unit ini semakin berkembang dengan pertambahan beberapa lagi skop perkhidmatan di mana unit ini telah dipertanggungjawabkan sebagai Urusetia, Pemantauan Penyelaras aktiviti kualiti di Hospital Melaka. Unit ini juga menjadi pusat rujukan bagi memberi maklumat berkaitan kualiti yang dijalankan kepada anggota hospital dari pihak luar. Unit Kualiti telah ditukar kepada Unit Inovasi pada 14 April 2010 sebagaimana arahan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Unit Inovasi telah berpindah pada 2 Januari 2013 ke pejabat baru di Tingkat 1, Blok Pentadbiran bersebelahan dengan Pejabat Penyelia Hospital.

Skop perkhidmatan :

  • Bertindak sebagai Urusetia untuk aktiviti-aktiviti seperti :
    • MS ISO 9001 : 2008
    • Program  Kepastian Kualiti  (QAP)
    • Pemantauan Pencapaian Performance Indicator setiap bulan
    • Akreditasi
    • Credentialing  &  Privileging  Hospital
    • Promosi  Imej  Hospital
    • Penerbitan seperti Laporan Kualiti Tahunan dan Buletin Q setiap dua tahun sekali

 

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
22 Ogos 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017