Bahagian Penyeliaan Hospital, Hospital Melaka terletak di Tingkat 1, Blok Pentadbiran, Hospital Melaka. Tumpuan utama bahagian ini adalah meliputi aspek pengurusan klinikal ke atas profesionalisma Penolong Pegawai Perubatan serta bertanggungjawab ke atas Pembantu Perawatan Kesihatan serta Pekerja Sambilan Harian (PSH). Bahagian ini terlibat membantu pihak hospital dalam urusan berkaitan aspek pentadbiran dan pembangunan Hospital Melaka.Bahagian ini diterajui oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U42 selaku Ketua Penyelia Hospital, yang terlibat secara langsung menjalankan aktiviti-aktiviti penyeliaan dengan  dibantu oleh dua orang Penolong Pegawai Perubatan U36, seorang Pembantu Tadbir dan tiga orang Pembantu Perawatan Kesihatan.  

Skop perkhidmatan :

  • Melaksanakan polisi dan dasar perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan yang telah ditetapkan serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengawalan Amalan Klinikal dan Penguatkuasaan, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, Akta 180.
  • Melaksanakan Amalan dan Penguatkuasaan Kod Etika Pembantu Perubatan dan Perintah Am Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
  • Pengurusan dan penyeliaan hal ehwal kebajikan, agihan sumber tenaga dan perkembangan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Porter Hospital, Pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan, Pembelajaran Berterusan (CME) dan Perkembangan Profesional Berterusan (CPD) bagi Penolong Pegawai Perubatan.
  • Pengurusan peningkatan kualiti menyeluruh dan berterusan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.
  • Membantu menyelia, mengurus dan mentadbir dalam perkhidmatan Hospital Melaka.
  • Menjadi Pegawai Penyelaras kepada perkhidmatan sokongan hospital yang diswastakan iaitu Facility Engineering and Maintenance Service (FEMS), Biomedical Engineering and Maintenance Service (BEMS) dan Clinical Waste Management Services (CWMS).

 

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
26 April 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017