Perpustakaan Perubatan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Pada awal penubuhannya, ia merupakan sebuah bilik di Tingkat 3, Blok Pentadbiran Lama. Pada 9 Ogos 2000 Perpustakaan telah berpindah ke Blok B, Tingkat 3. Pada tahun 2000, Perpustakaan Perubatan telah bergabung dengan Perpustakaan Kolej Kejururawatan Melaka. Dengan penggabungan tersebut, perkongsian bahan dan sumber manusia telah dapat dimanfaatkan oleh kakitangan hospital dan warga Kolej Kejururawatan Melaka. Namun demikian, bermula pada 1 Julai 2005, Perpustakaan Kolej Kejururawatan Melaka telah berpindah daripada Perpustakaan Perubatan Hospital Melaka. Bermula pada bulan Disember 2011, Perpustakaan Perubatan telah berpindah ke Aras 2, Bangunan Kompleks Ilmu, Hospital Melaka.

Skop perkhidmatan :

Menyediakan perkhidmatan kepada warga kerja Hospital Melaka seperti :

  • Menyediakan bahan rujukan.
  • Pinjaman dan pemulangan buku dan jurnal.
  • Pinjaman antara perpustakaan.
  • Pencarian maklumat melalui internet.
  • Kesedaran semasa.
  • Menyediakan koleksi keratan akhbar.
  • Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
  • Fotostat bahan perpustakaan.

 

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
16 Oktober 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017