Unit Kejuruteraan Operasi diwujudkan pada tahun 2010 bagi mengambilalih fungsi syarikat juruperunding SIHAT. Penubuhan unit ini adalah bagi melaksanakan kawal seliaan khidmat sokongan hospital.

Skop perkhidmatan :

Menilai Keberkesanan pelaksanaan secara menyeluruh penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dalam mematuhi perjanjian konsesi/kontrak bagi kelima-lima perkhidmatan seperti perkhidmatan penyelenggaraan kejuruteraan fasiliti (FEMS), perkhidmatan penyelenggaraan kejuruteraan biomedikal (BEMS), perkhidmatan pengurusan sisa klinikal (CWMS), perkhidmatan pembersihan (CLS), perkhidmatan linen dan pendobian (LLS), menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pepasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal dan biomedikal/elektronik, penyediaan laporan ‘Beyond Economic Repair 2’ (BER2) dan ‘sijil perakuan pelupusan’ (PEP) bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrik dan biomedical temasuk menyemak laporan Beyond Economic Repair 1(BER1) yang disediakan oleh syarikat konsesi, memastikan operasi rangkaian teknologi maklumat (CMIS) dan program jaminanmutu (QAP) bagi PSH dikemaskini serta berkesan, menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan kejadian dan aduan bagi PSH termasuk membuat penilaian prestasi dengan melaksanakan pemotongan yuran terhadap syarikat konsesi setiap bulan, pemantauan kerja penyelenggaraan bangunan, sistem, pepasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal semasa tempoh tanggungan kecacatan (DLP) bagi hospital/fasiliti baru, menyelaras maklumat berkaitan pembayarana set tambahan di hospital, menyemak Hospital Specific Implementation Plan(HSIP) setiap tahun bagi kesemua PSH, memberi khidmat nasihat teknikal dan profesional kepada pengarah hospital, timbalan-timbalan pengarah hospital dan semua pengguna yang memerlukan, menyediakan spesifikasi kerja, lakaran lukisan pembinaan, lawatan tapak serta dokumen yang berkaitan, pemantauan projek-projek pembangunan dan kerja-kerja pengujian dan pentauliahan.

 

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
23 Jun 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017