Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental berfungsi di dalam memberi penjagaan dan perawatan kepada pesakit yang mengalami masalah psiko-sosial dan penyakit jiwa. Jabatan ini juga memberi perkhidmatan kepada pesakit yang datang sebagai pesakit luar, membuat lawatan ke rumah-rumah, pemeriksaan air kencing untuk ujian penyaringan dadah, rawatan terapi gantian dengan Methadone bagi penagih heroin yang ingin berhenti dari penagihan dan menerima kemasukan pesakit akut kedalam wad untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit dalam dan perkhidmatan kaunseling.
Skop perkhidmatan :
- Menyampaikan perkhidmatan Psikiatri yang menyeluruh untuk seluruh Negeri Melaka, mewujudkan suasana yang kondusif untuk pesakit bagi menjalani rawatan dan pemulihan, mempertingkatkan kesedaran dan menggalakkan penglibatan masyarakat, mempertingkatkan kepakaran pegawai dalam bidang psikiatri dan perubatan.