Jabatan Perubatan adalah Jabatan yang terbesar di Hospital Melaka dengan jumlah wad sebanyak 14 wad dan jumlah katil sebanyak 359 katil. Pada tahun 2013, kemasukan pesakit ke wad adalah seramai 21,619 orang berbanding 20,320 orang pada tahun 2012. Kadar penggunaan katil (BOR) setinggi 92.59% berbanding 94.6% dan purata seorang pesakit tinggal di wad ialah 5.47 hari.  

Skop perkhidmatan :

  • Perkhidmatan Perubatan Am.
  • Terdapat 6 perkhidmatan sub-kepakaran sepenuh masa iaitu:
    • Nefrologi
    • Rheumatologi
    • Geriatrik
    • Hematologi
    • Penyakit Berjangkit (Infectious Disease)
    • Gastroenterologi - telah bermula sejak 1 Julai 2013
  • Perkhidmatan sub-kepakaran yang menerima lawatan pakar dari hospital lain adalah:
    • Kardiologi - Dr Nik Ahmad Eid, Pakar Kardiologi dari Hospital Putra membuat lawatan 2 kali seminggu.
    • Neurologi – Dr Uduman Ali, Pensyarah dari Kolej Perubatan Melaka-Manipal melihat pesakit neurologi di klinik seminggu sekali. Kes di dalam wad juga boleh di rujuk kepada beliau sekiranya memerlukan pendapat pakar neurologi.
    • Onkologi- Pakar Perubatan Onkologi dari Hospital Kuala Lumpur akan membuat lawatan setiap 2 bulan.
    • Diabetes dan Endokrinologi – Pakar Perubatan Endokrinologi dari Hospital Putrajaya membuat lawatan 2 hari sebulan.
    • Respiratori- Pakar Perubatan Respiratori dari Institut Perubatan Respiratori membuat lawatan sebulan sekali.
  • Rawatan Pesakit Dalam :
    • Setiap tahun menunjukkan pertambahan bilangan kemasukan pesakit ke wad-wad perubatan. Seramai 21,619 kemasukan baru di rekodkan sepanjang tahun 2013. Bilangan katil rasmi di setiap Wad Perubatan(kecuali CCU, Wad 2-3 ,Wad E2 dan Wad E4) adalah 32-34,  tetapi pada satu-satu masa terdapat juga katil tambahan diletakkan untuk menampung kemasukan pesakit. Setiap wad mempunyai seorang Pakar Perubatan, 2 orang Pegawai perubatan dan sekurang-kurangnya 5 orang pegawai perubatan siswazah(PPS). Walaubagaimanapun ada beberapa wad terutama wad sub-kepakaran tidak mempunyai pegawai perubatan siswazah kerana masalah kekurangan PPS  dan PPS dikehendaki bertugas mengikut waktu fleksi. Tugas rondaan wad dilakukan oleh pakar perubatan setiap hari dan pesakit dilihat sekurang-kurangnya sekali oleh pakar perubatan sepanjang mereka berada di wad perubatan. Pegawai perubatan akan membuat rondaan wad setiap hari termasuk pada hujung minggu dan  hari kelepasan am.
  • Rawatan Pesakit Luar :
    • Perkhidmatan Haemodialisis dan Klinik Nefrologi
    • Klinik Sub-kepakaran 
      • Klinik Kardiologi
      • Klinik Diabetes
      • Klinik INR (warfarin)
      • Klinik Renal
      • Klinik Penyakit Berjangkit
      • Klinik Rheumatologi
      • Klinik Short Review
      • Klinik Gastro- Hepatologi
      • Klinik Neurologi
      • Klinik Endokrinologi
      • Klinik Hematologi
      • Klinik Respiratori
      • Klinik Tuberkulosis
  • Pesakit-pesakit turut dirujuk kepada pakar-pakar perubatan di hospital-hopital berkepakaran sekiranya memerlukan rawatan lanjut. Pesakit –pesakit akan dirujuk ke:
    • Hospital Serdang/Institut Jantung Negara untuk kes kardiovaskular.
    • Jabatan Neurosurgeri, Hospital Kuala Lumpur – untuk kes-kes neurosurgeri.
    • Jabatan Onkologi, HKL- untuk kes-kes kanser seperti kanser paru-paru sekiranya perlu. Kebiasaannya pesakit dilihat di Klinik Onkologi Hospital Melaka.
    • Institut Perubatan Respiratori- bagi kes- kes respiratori atau kes Tuberkulosis yang rumit.

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
16 Oktober 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017