Klinik ini telah memulakan operasinya di klinik Payudara tahun 2002 yang dikendalikan oleh seorang Pegawai Perubatan dari Wad Titian Mesra dengan kerjasama Pegawai Perubatan dari Jabatan Kecemasan.  Berikutan sambutan yang amat menggalakkan, klinik ini telah berpindah ke tingkat bawah Blok B berhampiran Klinik Dada.  Pada akhir tahun 2004, klinik ini telah berpindah ke aras bawah blok Pentadbiran.  Bilangan kehadiran di klinik ini dilihat semakin bertambah dari setahun ke setahun.

Bagi mengekalkan kualiti dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai, anggota kerja di hospital ini perlu berada pada tahap kesihatan yang optima.  Di samping itu, kebajikan terhadap anggota keluarga juga dititikberatkan.  Anggota keluarga yang terdiri daripada daripada ibu bapa dan anak anggota diberi kemudahan mendapatkan rawatan di klinik ini.  Jumlah mereka adalah dianggarkan tidak kurang daripada 8,000 orang setahun.

Skop perkhidmatan :

  • Perkhidmatan Pesakit Luar dan rawatan susulan untuk pesakit kronik yang stabil. 
  • Pemeriksaan Kesihatan berumur 40 tahun dan ke atas.
  • ‘Medical Surveillance’ kakitangan yang bekerja di Jabatan Pengimejan Diagnostik dan Penyediaan Ubat Sitotoksik.
  • Memberi suntikan vaksin Hepatitis B dan suntikan Influenza.
  • Membantu Unit Kesihatan Awam dalam saringan Tuberkulosis kakitangan Hospital Melaka

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

Tarikh Kemaskini :
26 April 2017

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2017