Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC)

Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Melaka (CRC Melaka) ditubuhkan di Melaka sebagai sebahagian daripada Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal Kementerian kesihatan Malaysia. CRC Hospital Melaka bertanggungjawab untuk menguruskan kualiti dan kajian etika untuk meningkatkan kualiti keputusan pesakit di Melaka.

Fungsi CRC Hospital:

1. Untuk menyokong dan memudahkan aktiviti penyelidikan di hospital melalui penyediaan: Pengkalan data kepada doktor yang berminat dalam penyelidikan, rekod-rekod tentang Industry Sponsored Research (ISR) atau Investigator Initiated Research (IIR) dan penerbitan; sokongan teknikal seperti analisis statistik; sokongan pentadbiran seperti penyediaan pembantu penyelidik dan penyelaras kajian, kemudahan lain seperti teknologi maklumat, perisian statistik, stesen kerja dan lain-lain

2. Untuk membantu dalam pendaftaran protokol kajian untuk NMRR (National Medical Research Register) dan permohonan geran untuk kajian

3. Menyertai ujian klinikal dan penyelidikan yang dianjurkan dan diselaraskan oleh CRC kebangsaan

4. Untuk mempromosikan kajian melalui pembangunan kapasiti dengan cara yang berikut:

- Menjalankan program seperti Good Clinical Practice (GCP), Good Research Practice (GRP), metodologi penyelidikan dan biostatistik

- Menjalankan latihan dalaman bagi Continuous Professional Development (CPD)

- Klinik Penyelidikan - memberikan konsultasi tentang metodologi penyelidikan, rekabentuk kajian, protokol dan analisis statistik

- Mentoring program untuk doktor dan profesional perubatan yang berminat dalam kajian

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

16 April 2019

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2018