Bengkel Manual Prosedur Kerja & Fail Meja

8 Jun 2011 (Rabu) - Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM) anjuran Unit Sumber Manusia Hospital Melaka telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 8 hingga 9 Jun 2011 yang dihadiri oleh wakil kakitangan dari semua jabatan dan unit Hospital Melaka.  Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pemahaman yang terperinci kepada pegawai dan staf yang terlibat dalam menyediakan MPK dan FM yang tepat dan mengikut format yang betul.

Ceramah untuk bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Gan Kong Her, Ketua Penolong Pengarah Unit Sumber Manusia Hospital Melaka.  Peserta dikehendaki membawa fail meja dan manual prosedur kerja jabatan/unit masing-masing untuk dibuat pembetulan dan penambahbaikan.  Pihak penganjur berharap peserta dapat mengambil input-input yang diberikan dan menghasilkan MPK dan FM jabatan/unit yang berkualiti.

Penafian | Dasar Keselamatan & Privasi | Notis Hakcipta | Soalan Lazim | Peta Laman

PAPARAN TERBAIK:
Menggunakan Pelayar
Mozilla Firefox 3.5+
Internet Explorer 7+
dengan resolusi 1024x768 piksel

9 Mei 2019

Masa Capaian :
0.643 saat

 

Perisian Pelayar Web :

Google Chrome  Mozilla Firefox  Internet Explorer  Opera  Maxthon  

Perisian Sokongan :


 

       
 

Hakcipta Terpelihara © 2018