Pilihan Tema : 

Jabatan Otorinolaringologi (ENT)

  • LATAR BELAKANG

    Jabatan ini telah ditubuhkan pada tahun 1974 dengan nama Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak (THT). Pada tahun 2001, nama Jabatan ini telah ditukar kepada Jabatan Pembedahan Otorinolaringologi atau nama singkatannya sebagai ORL. Pada tahun 2007, Jabatan ini mempunyai sub kepakaran dalam bidang Kepala dan Leher. Jabatan telah memulakan perkhidmatan Audiologi pada Julai 2001 dan perkhidmatan Terapi Pertuturan pada Mac 2003.
  • VISI DAN MISI

           
     VISI  
     
    • Jabatan Otorinolaringologi akan menyediakan perkhidmatan perawatan penyakit Otorinolaringologi, pemulihan pendengaran dan pertuturan yang bermutu tinggi dengan cekap dan berkesan kepada pesakit yang memerlukannya.
     MISI  
    • Memberi rawatan dan pembedahan kepada pesakit telinga, hidung, tekak, kepala dan leher, juga saringan ujian alahan bagi masalah alergi rhinitis.
    • Memberi perkhidmatan saringan masalah pendengaran kanak-kanak dan ujian pendengaran bagi orang dewasa.
    • Mengendalikan kes-kes untuk kanak-kanak yang lewat bercakap dan mempunyai masalah pertuturan untuk pengesanan dan rehabilitasi awal.
    • Memberi latihan klinikal kepada Sub kepakaran kepala dan leher, Pelajar perubatan Sarjana, Pelajar kolej perubatan Melaka-Manipal, pelatih-pelatih Jururawat dan Pembantu Perubatan.
    • Memberi nasihat kepada pesakit tentang penjagaan telinga, hidung, tekak dan pengunaan ubat-ubatan
  • OBJEKTIF 

    Meningkatkan taraf kesihatan pesakit yang mengalami masalah telinga, hidung, dan tekak melalui cara-cara berikut :

    Pemulihan awal bagi mereka yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan.

    Pengesanan awal serta pengurusan rawatan pesakit kanser kepala dan leher.

    Memberi rawatan terkini untuk semua penyakit telinga, hidung, dan tekak.

    Melakukan rawatan bagi masalah berdengkur dan berkaitan dengannya.

    Melakukan pembedahan yang sepatutnya kepada pesakit yang memerlukan rawatan bedah.

    Memberikan Pendidikan kesihatan kepada warga negeri melaka dan hospital.

  • SUB UNIT DI BAWAH JABATAN

    • Subkepakaran Kepala dan leher
    • Rinologi
    • Otologi
    • Pediatrik ORL
    • Audiologi
    • Terapi pertuturan
  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Menyediakan rawatan Pakar pesakit luar
    • Menyediakan rawatan Pakar pesakit dalam
    • Membuat pemeriksaan dan rawatan kes-kes yang dirujuk dari Hospital kerajaan, pusat kesihatan, hospital dan klinik swasta.
    • Menjalankan pembedahan elektif, bedah harian dan kecemasan pada hari-hari yang dikhaskan.
    • Memberi perkhidmatan konsultasi dalam bidang ORL.
    • Membuat rujukan kepada jabatan tertentu untuk pesakit mendapatkan rawatan yang lebih sempurna.
    • Memberi rawatan pesakit barah kepala dan leher (Rujukan bagi Zon Selatan).
    • Membuat saringan pendengaran kanak-kanak berisiko tinggi.
    • Membantu rehabilitasi pertuturan kanak-kanak istimewa.
    • Menyediakan perkhidmatan masalah menelan.
  • PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    • Perkhidmatan pesakit Luar
    • Perkhidmatan pesakit Dalam
    • Perkhidmatan pembedahan elektif, bedah harian, dan kecemasan
    • Perkhidmatan konsultasi dalam bidang ORL
    • Perkhidmatan subkepakaran kepala dan leher
    • Perkhidmatan masalah menelan
    • Perkhidmatan Audiologi
    • Perkhidmatan terapi pertuturan

Toggle Setting Menu