Pilihan Tema : 

Jabatan Pembedahan

  • LATAR BELAKANG

    Jabatan Pembedahan merupakan salah satu jabatan yang penting dan besar di Hospital Melaka. Jabatan ini telah diwujudkan sejak tertubuhnya Hospital Melaka pada 12 Februari 1934 dan beroperasi serta berkembang pesat sehingga hari ini. Jabatan Pembedahan memberikan rawatan kepada kes-kes sebelum dan selepas pembedahan serta kes-kes ulangan. Pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di jabatan ini adalah pesakit-pesakit yang dirujuk oleh unit-unit lain di Hospital Melaka seperti Jabatan Kecemasan, Klinik-Klinik Kesihatan dan Hospital-Hospital Daerah.
  • VISI DAN MISI

           
    VISI
     
    • Mewujudkan perkhidmatan yang unggul berteraskan budaya kerja berpasukan, penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian dan pelbagai tenaga pakar yang berkemahiran tinggi.
    MISI
    • Kami dari Jabatan Pembedahan komited menentukan bahawa setiap anggota hendaklah sentiasa memberi perkhidmatan secara profesional dan mengekalkan taraf kecemerlangan prestasi.
  • OBJEKTIF 

    Mengutamakan pelanggan serta menggunakan tenaga secara optima untuk menghasilkan kualiti kerja yang bermotivasi, profesional, inovatif dan terlatih selaras dengan polisi Jabatan Pembedahan.
    Memastikan setiap pelanggan mendapat rawatan berkualiti dan untuk membolehkan organisasi dijadualkan mengikut cara temujanji dengan itu dapat mengurangkan masa menunggu.

  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Klinik Pakar Pembedahan Pesakit Luar (SOPD)
    • Klinik Pakar Pembedahan Urologi & Lawatan Hospital Kuala Lumpur
    • Klinik Pakar Pembedahan Pediatrik & Lawatan Hospital Kuala Lumpur
    • Klinik Pakar Pembedahan Hepatobiliari & Lawatan Hospital Selayang
    • Klinik Pakar Onkologi & Lawatan Institut Kanser Negara
    • Klinik Payudara
    • Klinik PRC (Pink Ribbon Clinic)
    • Unit Penjagaan Paliatif (Palliative Care Unit)
    • Perkhidmatan Pembedahan Elektif Pakar Pembedahan Am
    • Perkhidmatan Pembedahan Elektif Lawatan Pakar Pembedahan Urologi, Pediatrik dan Hepatobiliari
    • Perkhidmatan Pembedahan Rawatan Harian Hospital Melaka
    • Hospital Kluster Melaka
      • Hospital Jasin
        • Klinik Pakar Pembedahan Pesakit Luar (SOPD) Hospital Jasin
        • Perkhidmatan Pembedahan Rawatan Harian Hospital Jasin
        • Perkhidmatan Endoskopi Hospital Jasin
      • Hospital Alor Gajah
        • Klinik Pakar Pembedahan Pesakit Luar (SOPD) Hospital Alor Gajah
        • Perkhidmatan Pembedahan Rawatan Harian Hospital Alor Gajah
    • Perkhidmatan ERCP & Endoskopi
    • Wad-wad pembedahan & penjagaan paliatif
    • Memberi kaunseling

     

  • PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    • Rawatan Klinik Pakar Pembedahan Pesakit Luar (SOPD) di Hospital Kluster Melaka (Hospital Melaka, Hospital Jasin & Hospital Alor Gajah)
    • Perkhidmatan Pembedahan Elektif Pakar Pembedahan Am di Hospital Melaka
    • Perkhidmatan Pembedahan Elektif Lawatan Pakar Pembedahan Urologi, Pediatrik & Hepatobiliari di Hospital Melaka
    • Perkhidmatan Pembedahan Rawatan Harian di Hospital Kluster Melaka (Hospital Melaka, Hospital Jasin & Hospital Alor Gajah)
    • Perkhidmatan ERCP & Endoskopi
    • Perkhidmatan Endoskopi di Hospital Jasin
    • Unit Penjagaan Paliatif (Palliative Care Unit)
    • Rawatan pesakit dalam
    • Rawatan pesakit luar
    • Memberi kaunseling

     

Toggle Setting Menu