Pilihan Tema : 

Jabatan Kerja Sosial Perubatan

  • LATAR BELAKANG

    • Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diperkenalkan di Hospital Melaka semenjak tahun 1954 dengan hanya seorang anggota. Pada peringkat awal perkhidmatan ini, ianya dikenali sebagai perkhidmatan Lady Almoner dan kemudiannya perkhidmatan ini dikenali sebagai Unit Kebajikan Perubatan iaitu pada 1994. Bersesuaian dengan perkembangan kerjaya, perkhidmatan ini telah ditukar nama kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) pada tahun 2013.

    • Percantuman pengkhususan bidang-bidang dalam kerja sosial yang membentuk kerja sosial genetik telah menampilkan peranan dan kewujudan pegawai-pegawai kerja sosial perubatan yang semakin penting. Dari semasa ke semasa peranan dan sumbangan perkhidmatan kerja sosial perubatan semakin mencabar dalam arus permodenan selari dengan pertambahan masalah-masalah sosial yang dibawa oleh arus pembangunan. Dalam menjurus ke arah negara maju juga perlu memperlihatkan bahawa pendekatan merawat penyakit sosial perlu diberi perhatian yang serius dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti emosi, sosio ekonomi, rangkaian perhubungan dan sokongan (support) keluarga dan mereka yang berkepentingan.

    • JKSP Hospital Melaka kini beroperasi dengan lapan orang anggota iaitu seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat (Kementerian Kesihatan Malaysia) Gred S52, seorang Gred S48, seorang Gred S44, dua orang Gred S41, seorang Penolong Hal Ehwal Agama Islam Gred S32, seorang Pembantu Tadbir N17 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3.

  • VISI DAN MISI

           
       VISI  
      
    • Ke arah peningkatan kesejahteraan sosial masyarakat
       MISI  
    • Memberi perkhidmatan sosial yang berkualiti dan profesional kepada pesakit-pesakit yang mempunyai masalah psiko-sosial pada setiap waktu dan masa
  • OBJEKTIF 

    Untuk memberikan perkhidmatan sosial berasaskan prinsip kerahsiaan, prihatin dan berkesan bagi mengatasi masalah psiko-sosial mereka seiring dengan konseo rawatan “Total Patient Care”.
    Memastikan aktiviti survelan, penyelidikan epidemiologi dan latihan dilaksanakan dengan berkesan dan secara berterusan

  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar di hospital, institusi dan klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    • TERAPI SOKONGAN ( SUPPORTIVE THERAPY)
      • Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan
        • Khidmat perundingan
        • Sokongan emosi
        • Intervensi Krisis
    • BANTUAN PRAKTIK
      • Bantuan kewangan (peralatan / ubatan / rawatan / am)
      • Penempatan Institusi
      • Mengesan waris
    • Bantuan Praktik dan Terapi Sokongan diberikan kepada kes-kes berikut, antaranya :
      • Penderaan dan Pengabaian kanak-kanak
      • Pesakit Akut dan kronik
      • Keganasan rumahtangga
      • Ibu tanpa nikah
      • Jenayah Seksual
      • Masalah tingkah laku
      • Orang Kurang Upaya (OKU)
      • HIV Positif / AIDS
      • Ketagihan dadah / Alkohol

Toggle Setting Menu